Thursday, November 27, 2008

Skim pencen diberi semula kepada kakitangan awam

PUTRAJAYA 27 Nov. – Kerajaan bersetuju supaya opsyen mengambil skim pencen diberi semula kepada semua anggota sektor awam yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tempoh opsyen tersebut bermula dari 1 hingga 31 Januari tahun depan dengan tarikh kuat kuasanya pada 1 Februari.

Beliau mengumumkan demikian ketika berucap pada majlis penyampaian anugerah kualiti sektor awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia @ 27/11/08

Tuesday, November 25, 2008

Lelaki Boleh LEMAH Lebih AWAL

Amaran untuk golongan lelaki, khususnya suami pada usia pertengahan - apakah anda cepat marah, lesu dan tidak berminat untuk berasmara?

Jika ya, itu bukanlah perkara biasa kerana anda kemungkinan besar mengalami masalah menopaus lelaki atau andropaus jauh lebih awal, seperti didakwa penyelidik Britain.

Akhbar Daily Mail melaporkan, andropaus merujuk kepada penurunan hormon seks androgen lelaki atau testosteron yang memainkan peranan penting bagi kesihatan dan rasa berahi lelaki.

Antara puncanya termasuk masalah rumah tangga, perubahan status sosial, masalah di tempat kerja, kurang bersenam, kesan jangka panjang pengambilan alkohol, merokok dan usia lanjut.

“Ada lelaki khususnya yang sudah mencecah 50-an, berdepan masalah seperti lemah tenaga batin biarpun badan mereka masih menghasilkan hormon itu pada paras yang sama,” kata Pakar Pusat Kesihatan Lelaki London, Dr Malcolm Carruthers.

Penurunan paras testosterone itu menyamai apa yang dirasai wanita yang berdepan menopaus.

“Tanda-tanda lemah itu disebabkan badan sudah mulai menolak kesan testosteron. Berikutan itu, ramai lelaki yang boleh mendapat manfaat jika sanggup menjalani rawatan penggantian hormon,” katanya.

Namun, apakah jalan penyelesaiannya? Profesor John McKinlay dari Institut Penyelidik New England berkata, mereka yang mengalami masalah itu perlu meningkatkan kegiatan fizikal dan menjalani diet daripada memilih jalan mudah dengan mengambil pil tertentu.

“Masalahnya, ramai di kalangan kita yang lebih suka mengambil pendekatan mudah iaitu memilih ubat-ubatan bagi menyelesaikan masalah akibat gaya hidup serta proses semula jadi penuaan.”

Katanya, paras hormon itu boleh diperiksa dengan ujian sampel darah yang mudah.

Dr Carruthers pula berkata, antara kaedah bagi mengatasinya termasuk mengambil hormon gantian dalam bentuk gel atau krim yang boleh disapu pada bahu atau perut setiap hari.

Bulan lalu, satu kajian penyelidik Amerika Syarikat mendapati seorang bagi setiap lima lelaki berusia lebih 65 tahun boleh berdepan simptom andropaus berkenaan.

Thursday, August 28, 2008

LOK KAWI WILDLIFE PARK, SABAH, MALAYSIA

Lok Kawi Wildlife Park (or Lokkawi Zoo) is located at old Penampang-Papar road, about 15km from Kota Kinabalu city. The visitors can see Borneo and Malaysia wild animals such as orang utan, proboscis monkey, Asian elephant, rhino, hornbill birds, tiger, etc. Open daily from 9.30am - 5.30pm (Last Entry at 4.30pm)

BAYARAN MASUK / Entrance Fees:-

Warganegara Malaysia / Malaysian (Adult / Child) - RM10 / 5

Bukan Warganegera / Non-Malaysian (Adult / Child) - RM20 / 10

Pelajar Sekolah / Student (With Uniform) - Percuma / Free

Wargatua / Senior Citizen (60yrs and Above - Malaysian Only) - Percuma / Free

Orang Kurang Upaya /Disabled Person - Percuma / Free

Address : Sabah Wildlife Department, Jalan Penampang - Papar Lama, W.D.T No.63, 89507 Penampang. Tel: 088-765793 Fax: 088-765762

Nota: Saya & family berkunjung di Lok Kawi Wildlife Park pada 20/08/2008.

Tuesday, August 26, 2008

My Innova With 17" Sport Rim





Dipasangkan dengan SPORT RIM 17" dan Tayar bersaiz 215 x 55 x 17 pada 17 Ogos 2008 di Penampang,Sabah.

Harga Sport Rim = RM2650.00, Tayar = RM494.00 x 4

Gambar2 ini diambil di LOK KAWI WILDLIFE PARK, SABAH.

Saturday, August 2, 2008

MY INNOVA AFTER SKIRTING





Innova bila sudah pasang skirting baru nampak ok & cantik sedikit berbanding dgn sebelum dipasangkan skirt.Tengok & bandingkanlah sendiri!

MY INNOVA BEFORE SKIRTING





Sebelum pasang skirting, innova kira ok..cantik juga. cuma nampak mcm telanjang sikit pasal nampak isi perut / bhg.bawahnya.

Tuesday, July 29, 2008

NGO helping loan shark victims shocked by arrests

Tuesday July 29, 2008

By VIJENTHI NAIR BAILAND


KUALA LUMPUR: A non-governmental organisation which helps loan shark victims settle their debts was shocked when its members were arrested after apprehending several unlicensed moneylenders.

Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) secretary-general Datuk Dr Ma’amor Osman said that three of his members who were helping victims negotiate their debts with loan sharks were arrested after a fracas in their office on Friday.

The Ah Longs, however, were not picked up.

Dr Ma'amor said two loan sharks had come to collect RM200 from the organisation as part of a deal which it negotiated with a borrower.

Under PPIM's programme, the organisation would act as the middleman for the borrowers.

Dr Ma'amor said that on that day, PPIM could not pay the RM200 because the borrower had not paid the sum to the organisation.

“We told them that but they still came and harassed us. Our officers reacted and a fight started,” he said, adding that his officers noticed that one of the Ah Longs was carrying a pistol.

The officers overpowered the loan sharks and taped their hands and made them sit down in a corner of the office.

“Someone named Alias called and threatened to attack the PPIM office in 20 minutes if the two men were not released. Then, a man called Ah Teck, who claimed to be the head of the Ah Longs, called and threatened one of our officers, saying that he would kill his family if his men were not released.

“He later agreed to meet and settle the matter. However, he lodged a police report,” he said.

Dr Ma'amor said Ah Teck and a friend then turned up with two policemen from the Cheras police district headquarters.

“I was shocked. How can Ah Longs and policemen come together?”

The three PPIM members were taken to the Cheras and then Sentul police district headquarters. They were released the next day on police bail. They went back to the Sentul police station yesterday to be identified by the two Ah Longs whose hands were tied.

Dr Ma'amor said that coincidentally, MCA Public Services and Complaints Department head Datuk Michael Chong gave a press conference on the same day of the incident, claiming that there was an organisation threatening and handcuffing Ah Longs and called for such acts to stop.

He questioned why Chong was sympathetic towards loan sharks.

Chong, when contacted, confirmed that he was referring to PPIM. He said that the incident was not the first.

City CID chief Senior Asst Comm II Ku Chin Wah confirmed that PPIM also lodged a report over the matter.

MY COMMENT:

Government should do something in helping the borrowers in dealing or negotiate with the loan shark (Ah Long).Since the government is did nothing to help the borrowers, some NGO (in this case PPIM) trying to lend their hand to the borrowers as "orang tengah".Their intentions is actually good, but how come the police and ah long is come together? it's seems that they work together?
In this respect, i heard from some of the loan sharks that they are in the good terms with the police in their area (they are friend), so they don't afraid of any complaints or police reports by the borrowers.I think government should do something about this & one more thing is the MCA's public services should not siding the ah longs but to be fair to the other side too.

Saturday, July 12, 2008

ROKOK SEJENIS DADAH


Oleh Dzulkifli Abdul Razak
(Pusat Racun Negara, USM)

Merokok sememangnya satu tabiat yang digemari ramai. Walaupun perbuatan ini membahayakan kesihatan namun masih ramai yang terus merokok. Merokok boleh menyebabkan seseorang itu ketagihan sama seperti dadah. Keadaan ini mungkin mengejutkan kerana kita mempercayai bahawa tembakau tidak mengandungi ‘dadah’.

Kenyataan ini tidak lagi benar. Walaupun di sisi undang-undang tembakau dalam rokok bebas digunakan, namun kita tidak dapat lari daripada hakikat yang sebenarnya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengenalpasti bahawa dadah nikotin merupakan bahan utama dalam tembakau yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam daun tembakau, terdapat satu hingga tiga peratus nikotin.

Nikotin ialah sejenis dadah haram. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah. Ini selaras dengan kajian yang telah dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati lebih 90 peratus penagih dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok.

Keadaan ini tidak memeranjatkan, memandangkan perokok akan ketagihan dan cuba untuk mendapatkan bekalan dadah nikotin melalui rokok. Keadaan ini seterusnya akan menjadi satu tabiat hidup mereka.

Tabiat ketagihan yang dihasilkan oleh nikotin adalah sama walaupun jenis dadah yang terlibat agak berbeza. Kesan ketagihan ini mendorong seseorang terus menghisap rokok dan sukar untuk meninggalkannya seperti yang dialami oleh penagih dadah heroin dan ganja. Ketagihan didapati tidak berlaku apabila nikotin ‘dikeluarkan’ daripada rokok.


KETAGIHAN NIKOTIN

Dadah jenis nikotin yang memberi rasa ‘umph’ pada rokok. Dalam sebatang rokok terdapat 0.5 hingga 2.0 mg nikotin dan ini bergantung kepada cara ia diproses. Nikotin boleh menyebabkan ketagihan lebih berbanding dengan alkohol (arak) atau dadah kokain.

Nikotin juga turut mempengaruhi perilaku seseorang sehingga merosakkan individu dan masyarakat dari segi kesihatan atau sebaliknya. Tambahan pula merokok atau penggunaan tembakau menepati beberapa ciri pergantungan.

Ciri-ciri ini juga dapat diperhatikan pada penagihan dadah yang lain seperti heroin, alkohol dan kokain. Misalnya, selepas tabiat merokok bermula, berlaku peningkatan penggunaan rokok tahun demi tahun. Pola ini juga terdapat pada ketagihan heroin. Mengikut satu kajian, dalam masa tiga bulan 70 peratus daripada mereka yang berhenti akan ketagihan semula. Keadaan ini juga sama dengan penagihan heroin atau alkohol. Laporan daripada Centres for Disease Control and Prevention di Amerika Syarikat pada tahun 1994, mendapati lebih kurang 70 peratus daripada penduduk negara itu berhasrat untuk berhenti merokok manakala satu pertiga cuba untuk berhenti setiap tahun. Namun hanya 2.5 peratus sahaja daripada perokok yang berjaya menghentikan tabiat tersebut.

International Union Against Cancer pula melaporkan bahawa paling kurang 30 peratus yang berhenti merokok telah mengulangi tabiat merokok mereka. Kegagalan ini berlaku disebabkan pergantungan kepada dadah nikotin.


KESAN DAN TINDAKAN NIKOTIN

Sebagai satu bahan dadah psikoaktif, nikotin mudah berkumpul dan bertindak di tisu-tisu saraf dan otak berbanding dengan dadah yang lain. Tindakannya menyerupai asetilkolin, iaitu sejenis biokimia semulajadi dalam badan. Tindakan nikotin adalah lebih khusus pada otot, kelenjar dan sistem saraf. Oleh itu ia berupaya membebaskan beberapa bahan kimia semulajadi yang lain untuk mempengaruhi fungsi otak, merencat tapak-tapak khas (reseptor) di badan, khasnya sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung, tekanan darah, dan otak. Keadaan ini berlaku dalam beberapa saat sahaja. Kesan secara umum ialah tindakannya ke atas otak iaitu rasa khayal dan ‘ringan’ pada permulaan rangsangan otak. Kesan pada otak boleh menyebabkan seseorang mengalami tolerans, iaitu penyesuaian badan terhadap kesan-kesan seperti mual, muntah-muntah, atau kepeningan yang sering dirasakan apabila mula-mula merokok. Keadaan tolerans inilah yang seterusnya mendorong kepada kesan ketagihan atau pergantungan kepada nikotin.

Umumnya nikotin tidak menyebabkan barah, tetapi dalam proses merokok, perubahan kimia boleh berlaku dan menyebabkan bahan ini menjadi karsinogenik. Akibat rangsangan otak, kesan nikotin pada saluran darah dan jantung menjadi ketara. Apabila terlalu banyak merokok, nikotin akan menekan kadar jantung dan tekanan darah, berlakunya kurang selera makan dan penurunan berat badan yang ketara berbanding dengan mereka yang tidak merokok. Keadaan ini berkaitan dengan pengaruh nikotin ke atas hormon-hormon tubuh.

Seseorang akan menghadapi kesan-kesan yang berbeza bergantung kepada cara menghisap rokok yang juga berbeza-beza. Ia bergantung kepada cara seseorang itu menyedut dan kadar kekerapan sedutannya. Tambahan pula setiap rokok mempunyai kandungan nikotinnya tersendiri. Amalan merokok berterusan akan memberi kesan kepada tisu-tisu lain menyebabkan penyakit bronkitis (radang dalam saluran pernafasan), penyakit jantung dan penyakit saluran darah.


KESAN KERACUNAN NIKOTIN

Kes keracunan nikotin menunjukkan kesan yang teruk. Ia bermula dari mual dan muntah-muntah, sakit di bahagian perut, cirit-birit, pening-pening, gangguan pendengaran dan penglihatan, kekeliruan mental, lemah-lemah otot, perubahan kadar pernafasan dan tekanan darah. Keadaan ini jika tidak diawasi akan membawa maut. Situasi ini juga boleh berlaku kepada penanam tembakau. Mereka boleh dihidapi penyakit ‘tembakau-hijau’ kerana sering terdedah kepada embun yang mengandungi nikotin pada daun tembakau. Resapan embun melalui kulit boleh menyebabkan rasa mual, pucat, lemah-lemah, kepeningan, sakit kepala dan pepeluhan. Kadangkala mereka akan merasa sakit di bahagian perut, kesejukan, dan air liur yang meleleh. Keadaan yang lebih teruk boleh berlaku seperti sawan, tekanan darah rendah dan pernafasan tertekan. Ini akan menjadi lebih dahsyat sekiranya melibatkan racun makhluk perosak yang bercampur nikotin. Hal ini lebih membimbangkan memandangkan tahap kesedaran para petani adalah kurang.

Kesan kepada kanak-kanak juga berlaku sekiranya termakan tembakau rokok yang dibiarkan merata-rata tempat. Mereka juga mungkin terdedah dengan persediaan lain yang mengandungi nikotin seperti gam nikotin.


KESAN GIAN NIKOTIN

Gian boleh didefinisikan sekiranya bekalan rokok terputus dan seseorang akan merasa tidak selesa serta merasa terdesak untuk menghisap rokok. Rasa gian timbul kerana bahan nikotin yang terserap di dalam darah menjadi semakin rendah dan akhirnya menjejaskan keselesaan seseorang itu. Berasaskan ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mendefinisikan merokok sebagai satu tabiat ketagihan. Mengikut WHO, ketagihan ialah keperluan untuk mengambil dadah (nikotin) pada kadar yang berterusan dalam usaha untuk menikmati kesannya atau menghindar dari sebarang rasa tidak selesa di atas ketiadaannya (seperti rasa cemas, menggeletar dan kerengsaan).

Akibatnya perokok akan mula merasa rengsa, pening kepala, berpeluh dan merasa tidak selesa selagi ‘bekalan’ nikotin dalam tubuhnya (termasuk otak) tidak dapat ditingkatkan semula. Ini menyebabkan otak tidak dapat berfungsi untuk berfikir. Oleh itu amalan merokok diteruskan seolah-olah mengikut satu kitaran tertentu. Kitaran ini menggambarkan naik turunnya paras bahan nikotin dalam tubuh. Seboleh-bolehnya perokok akan cuba untuk mengekalkan paras nikotin tersebut pada tahap yang agak ’selesa’ bagi dirinya.

Dalam masa tujuh saat rokok dihisap, nikotin akan memasuki otak. Sekiranya setiap batang rokok yang dihisap, bahan nikotin yang dapat diserap dalam tubuh, termasuk otak, bersama bahan-bahan yang lain adalah dalam anggaran 1 miligram (mg). Menghisap 10 batang rokok akan mengalami kesan tindakan nikotin sepuluh kali ganda dan begitulah seterusnya. Lebih banyak rokok dihisap, lebih banyak nikotin dalam badan. Satu kajian menunjukkan dalam masa seminggu selepas berhenti merokok, perokok akan mengalami tanda-tanda gian seperti gelisah, tidak cukup tidur, kerengsaan, tidak sabar, sukar memberi tumpuan, keresahan, kemaruk tembakau, lapar, masalah perut-usus, sakit kepala dan kepeningan. Tanda-tanda ini akan reda dalam masa dua hingga empat minggu kecuali kemaruk tembakau. Walupun rasa kemaruk ini lebih mudah diatasi tetapi ia mungkin berlarutan. Pada kebiasaannya perokok akan mula merokok semula pada minggu pertama berhenti merokok.

Tabiat merokok menghasilkan dua jenis pergantungan. Pertama pergantungan psikologi atau mental. Dalam pergantungan ini meliputi alasan-alasan sosial yang sering diberikan untuk terus merokok. Bagi perokok, rokok boleh menjadi sumber ilham atau motivasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau menyelesaikan masalah. Kedua pula adalah pergantungan fizikal atau jasmani di mana seseorang mengalami ketagihan dan menyebabkan berbagai kesan jasmani apabila seseorang berhenti merokok.

Secara umumnya peratusan perokok yang ketagihan kepada dadah nikotin boleh dikaitkan dengan bilangan rokok yang dihisap oleh seseorang. Fagerstrom Tolerance Test merupakan satu-satunya ujian untuk menentukan sama ada seseorang itu mengalami pergantungan kepada nikotin (rokok).


KESIMPULAN

Secara amnya, ramai yang menganggap merokok adalah amalan yang mudah. Merokok merupakan tabiat yang digemari ramai tidak kira umur, pangkat dan jantina. Walau apa pun alasan seseorang itu merokok, yang jelasnya, ia merupakan satu tabiat yang mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap kesihatan mereka. Oleh itu cara terbaik yang boleh dilakukan ialah melalui pencegahan awal iaitu menanam kesedaran dan mengelak sama sekali daripada merokok.


Nota:

Jadual Ciri-ciri Pergantungan dadah
Ciri utama:

* Penggunaan kompulsif atau terkawal
* Kesan-kesan psikoaktif
* Tingkahlaku yang diperkukuhkan oleh dadah

Ciri tambahan:

* Tingkahlaku ketagihan selalunya melibatkan:
o pola penggunaan berulang (stereotaip)
o penggunaan walaupun menyebabkan kesan bahaya
o Kejadian berulang selepas berhenti penggunaannya
o Kemaruk dadah berulang

* Dadah yang menghasilkan pergantungan sering menyebabkan :
o toleran
o pergantungan fizikal
o kesan-kesan khayal(euforia)

Sumber: Report of the Surgeon General, Washington, D.C., 1988, (DHHS Publication No. [CDC] 88-8406).


ISTILAH:

* Karsinogonik - berkaitan dengan sesuatu bahan yang boleh menyebabkan terjadinya kanser
* Rengsa - rasa lemah badan, tidak bertenaga, malas dan kelesuan

TIPS JAGA KERETA




Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang kawan perempuan saya terus masuk dalam kereta dan jalan, sampai di tengah highway, tayarnya flat kerana terdapat paku sepanjang 2.5 inci menusuk ke dalam tayar disebelah tepi dan tembus ke bahagian tengah. Jadi beliau terpaksa tunggu selama 1 1/2 jam untuk kereta PLUS sampai dan tolong.

Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu padar kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup terutama kalau pakai satria GTI, pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin. Bila injin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan. Kawan saya pernah terjadi, masuk kereta, start injin terus jalan. Sampai simpang tekan brek, kereta tak berhenti jadi dia berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar RM1000 untuk tukar bumper, lampu belakang wira aeroback tu.

Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak injin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning). Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.

Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai
(rujuk kepada tip saya mengenai tayar).

Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama
(kancil 660 sehingga 1996) yang pakai "Petnam" atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin.

Dan yang terakhirnya, setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergila vacum kereta kita, terutama kusyen kereta kita (cuba tepuk kusyen kereta kita, perhatikan habuk keluar dari kusyen).

Nampak macam sukar untuk dilakukan tapi itulah yang saya ajarkan kepada orang rumah saya. Mula-mula sukar tetapi sekarang dah 5 tahun dan kancil yang saya berikan kepadanya tetap seperti 5 tahun dulu dari segi performance dan kebersihan luar dan dalam kereta tanpa apa-apa masalah yang besar.

2. Tips mengenai aircon

Sistem aircon kereta berfungsi menggunakan gas yang dimampatkan oleh compressor. Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kereta dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin yang sejuk. Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator kondenser yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana aircon kereta berfungsi.

Ada berbagai masalah yang biasanya timbul akibat daripada kerosakkan peralatan aircon.

1. Angin panas atau aircon tak sejuk. Perkara ini terjadi kerana beberapa kerosakan. Sebaiknya periksa kandungan gas aircon kita dengan melihat tingkap di atas penapis gas aircon (botol berwarna perak yang mempunyai bahagian kaca di atas) Kalau anda nampak ada buih, maksudnya gas masih ada. Jadi kerosakan bukan disebabkan kebocoran. Pasangkan aircon. Perhatikan kipas di depan radiator kondenser. Sekiranya kipas ini tidak bergerak. Maksudnya kipas itu rosak dan perlu di tukar. Saya cadangkan dapatkan kipas terpakai daripada kedai potong kerana harganya lebih murah (lebih kurang RM100-RM150). Sekiranya kipas bergerak tetapi pergerakannya tidak laju, kipas itu perlu juga di tukar. Sekiranya kipas bergerak laju dan aircon masuh tidak sejuk, biar aircon terpasang dan perhatikan salah satu paip yang menyalurkan gas aircon. Sekiranya anda nampak, bintik-bintik air mula kelihatan maka aliran gas daripada kompressor ke cooling coil elok. Tapi airon masih tak sejuk, besar kemungkinan, injap yang mengawal kemasukkan gas ke dalam cooling coil tersumbat atau rosak. Untuk menukar injap ini cooling coil perlu di buka dan gas perlu dibuang dan saya cadangkan buat service aircon sekaligus.

2. Aircon tak cukup sejuk. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama 'on'.

3. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar.

4. Air menitik. Perkara ini berlaku disebabkan seperti perkara '3' di atas.

5. Angin aircon berbau busuk. ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.

6. Asap putih keluar Sebenarnya asap putih itu adalah kotoran dan wap air yang terjadi. kerana gas terlalu sejuk. Sebabnya adlah seperti di '3'.

7. Corong keluar angin aircon berminyak. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas.

Berdasarkan pengalaman saya, saya cadangkan aircon diservice setiap setahun setengah atau dua tahun dan untuk perjalanan jauh di highway, jangan laraskan thermostat pada suhu tersejuk kerana ini akan merosakkan injap cooling coil. Dan untuk pengguna kereta buatan Malaysia, jangan terlalu 'bermain' dengan thermostat aircon anda kerana ianya sangat sensitif. Kos untuk membaikinya agak mahal.

3. Tips mengenai sistem brek (drum dan disk)

Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.

Nasihat saya kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah saya berjumpa dengan kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.

Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek
(tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.

Kereta baru. Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran aygn kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.

Cara penjagaan sistem brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya. Di Sungai Buloh, upah tukar minyak hitam cuma RM5 atau kurang dari RM10.

4. Tips penjagaan gearbox

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box
(ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu
(terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah
(bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.

akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).

5. Tips penjagaan radiator kereta

Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukkan air. Namun begitu terdapat juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara seperti VW atau volkswagen. Kelemahan dan kebaikan sistem penyejukkan air adalah seperti berikut :

1. Sistem penyejukkan air dapat menghalang injin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian injin dan kemudina melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam injin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun injin dapat dihidupkan pad jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. Tetapi injin yang menggunakan sistem penyejukkan udara akan menghadapi masalah overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa yang lama kerana ia memerlukan udara yang bergerak untuk menyejukkan injin.

2. Sistem penyejukkan air tidaklah terlalu lasak seperti sistem penyejukkan udara. Ia memerlukan penyelengaraan dari masa ke semasa dan sebaliknya untuk sistem penyejukkan udara.

Cara penyelengaraan radiator:

Setiap 3 bulan
1. buka kunci hos dibahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.

2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.

3. Biar injin melahu dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.

4. Matikan injin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.

5. Hidupkan injin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila injin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non function di bahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.

6. Perkara ini perlu dilakukkan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam injin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu injin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.

7. Penggunaan coolant boleh memendekkan jangkahayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat.

8. Sekiranya radiator tersumbat, terdapat kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas. Harga upah dalam sekitar RM35-RM50. Saya akan cuba dapatkan alamat kedai tersebut dan akan emailkan kemudian.

9. Sekiranya radiator bocor, saya nasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar radiator (samada baru atau secondhand (kedai potong)) kerana jika kita biarkan, kemungkinan overheating boleh berlaku dan kos mewmbaiki overheating ialah disekitar RM1000 - RM1500 bergantung kepada teruknya kerosakan. Kos penukaran radiator secondhand(kedai potong) kurang dari RM200.

6. Tips kereta tenggelam banjir

Saya ada beberapa tip untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir (Semua yang saya kongsikan di bawah adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai mekanik dan pengalamna kawan-kawan say yang diberitahu kepada saya)

1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk injin dan bahagian dalam kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer
(untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti
(harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang berkaitan dengannya akan rosak.

2. Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

3. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.

4. Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.

Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).

7. Tips membeli spare part

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.
1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan '1' di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.

3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

4. Spare part recon. yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan '2' di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.

5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan
100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan '1'. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Saya akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.

Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang '3'. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan '1' atau '2'. Selepas menggunakan barangan '3' selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah saya jumpa barangan '4'.

Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.

Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plag tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plag recon, jangkahayatnya tidak lama.

Saya tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.

Sebelum mengundur diri, pesanan saya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan
1, 2, 3 atau 4. Saya cadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang.

8. Tips tersalah isi minyak

Pernah terjadi di depan mata saya seorang amoi mengisi kereta kancilnya dengan minyak diesel. Bila saya ternampak perkara itu, terus saya memberitahu dia. Tanpa menghidupkan kereta, saya menolak keretanya ke tepi dan terus menelefon mekanik.

Perkara pertama yang mekanik lakukan, dia bertanya kepada amoi tapi samada kereta dihidupkan atau tidak, jawapannya tidak. Jadi mekanik tersebut berkata, cuma tangki petrol yang perlu dicuci. Mekanik tersebut terus membuka tangki petrol kancil tersebut dan mencucinya dan kerja tersebut siap dalam masa 1 1/2 jam.

Sekiranya kereta sudah dihidupkan dan kereta telah bergerak seketika sebelum mati, peralatan yang perlu dicuci lebih banyak. Selinder head perlu diangkat untuk mencuci piston dan kesemua saluran minyak petrol perlu dibersihkan dengan menyemburkan angin ke dalamnya. Sekiranya kereta tersebut menggunakan carburater, ia perlu diservis, sekiranya injection, injecter perlu dibuka dan dicuci. Penapis minyak petrol perlu ditukar. Tiada kerosakkan yang berlaku ke atas sistem injin, cuma kesemua bahagian injin yang melibatkan pengaliran minyak petrol perlu dicuci. Belanja untuk mencuci termasuk menggantikan gasket selinder head lebih kurang RM400 mengikut jenis kereta.

Oleh itu perkara pertama yang perlu dibuat sekiranya anda tersalah isi minyak, JANGAN HIDUPKAN INJIN KERETA ANDA. Perlu diambil perhatian, kepala pam minyak diesel, biasanya berwarna HITAM dan petrol pula berwarna selain dari hitam.

Wednesday, July 9, 2008

Kafein boleh jejas kesuburan

Wanita kerap minum kopi sukar hamil

BARCELONA: Wanita yang minum empat cawan kopi sehari menjejaskan peluangnya untuk mendapat anak, malah kesannya kepada kehamilan hampir sama buruk seperti yang disebabkan oleh arak, merokok atau memiliki berat badan berlebihan.

Wanita yang mengambil kafein menyamai empat cawan kopi sehari berkemungkinan besar kurang mempunyai peluang mendapat anak sehingga 26 peratus – sebagai tambahan kepada bukti ia boleh menjejaskan kesuburan dan kesihatan janin.

Awal tahun ini, kajian mendakwa cuma dua cawan kopi sehari sudah cukup menggandakan risiko keguguran. Kopi juga didapati meningkatkan risiko kematian bayi ketika dilahirkan dan dikaitkan dengan kecacatan ketika lahir.

Penyelidikan menunjukkan, wanita muda yang cergas, muda dan sihat mengambil masa lebih panjang untuk hamil jika mengambil banyak minuman berkafein.

Penyelidik Belanda mengawasi kesihatan dan tabiat 9,000 wanita yang mempunyai masalah kesuburan sehingga 13 tahun selepas menamatkan rawatan persenyawaan luar rahim (IVF).

Sebahagian daripada wanita berkenaan melahirkan anak menerusi kaedah itu, manakala sebahagian lagi tidak. Hampir 1,350 wanita mendapat anak selepas rawatan itu tamat, dengan kebanyakan kehamilan berlaku pada tahun pertama.

Apabila penyelidik Universiti Radbout di Nijmegen menyiasat mengapa sebahagian wanita hamil secara semula jadi dan sebahagian tidak, mereka mendapati gaya hidup memainkan peranan penting. - Agensi

Plan that’s of interest to credit cardholders

Wednesday July 9, 2008

KUALA LUMPUR: Credit cardholders will have reason to smile, as the stiff 18% per annum interest rate has been reduced effective July 1.

Bank Negara has introduced a tiered interest rate to reward cardholders who pay their monthly statements before the due date.

For those who pay their credit card bills promptly for 12 consecutive months, the interest rate is reduced to 15% per annum. The cardholder will get to enjoy the lower interest rate from the 13th month.

For those who pay promptly for at least 10 out of 12 months, the interest rate is be lowered by 1% to 17%. The ceiling rate of 18% per annum will still be applicable for other cardholders.

The comforting news is that cardholders do not have to settle the outstanding amount in full – they need to pay only the minimum amount involved.

Credit cardholders have been informed of the new-tiered interest rate structure by their respective banks.

An Association of Banks Malaysia official said Bank Negara had introduced the tiered finance charges to promote more prudent financial management among credit cardholders.

On average, one-third of 2.7 million credit cardholders use their credit cards as a payment instrument, settling their credit card outstanding amount in full every month.

Over half the cardholders pay at least the minimum amount due promptly and roll over the remaining balance. .

It was reported earlier that from July 1, credit cardholders who make minimum or partial repayment of their monthly outstanding amounts would no longer enjoy the 20-day interest-free period for new retail transactions.

However, those who settle their credit card outstanding amounts in full every month will continue to enjoy the interest-free period.

Ministers, MPs neglecting work

Wednesday July 9, 2008

IT IS interesting to note that many senior parliament members and politicians alike have publicly announced their “touring the nation” plan to explain to their respective parties members the issues that are plaguing their political parties.

The touring activities began right after the March 2008 election?

What makes me ponder is that aren’t these appointed ministers or politician being paid to serve the general public rather than their own political parties?

It seems to me this special group of people (including government ministers) are neglecting their actual work at their respective ministries or departments.

Don’t they need to do work as ministers, heads of government departments?

Is there not enough important issues in their ministry to address that they can spend so much time out of their offices?

It is sad to see nobody control or manage this group.

Even the person at the helm of the Government is himself practicing the concept “political parties first, rather than serving the people first”.

What is even sadder to me is that with the recent hardships citizens are facing, the official duties of ministers and heads of departments has been relegated to second place.

K.L. CHAN,
Kota Kemuning, Shah Alam.