JURUTERBANG profesional Switzerland, Yves Rossy, manusia pertama di dunia terbang dengan jet bersayap menggunakan kuasa bahan api yang diikat pada bahagian belakang badannya, terbang semasa demonstrasi pertamanya pada 14 Mei lalu. Membahasakan dirinya sebagai 'FusionMan', Rossy berlepas dari kapal terbang pada altitud 2,438 meter dan menyempurnakan beberapa aksi berpusing pada kelajuan 300 kilometer/jam dengan hanya mengawal badannya untuk menukar posisi selama lima minit ketika berada di udara di kawasan Pergunungan Alps, Switzerland. - Foto AF
(Berita Harian Online @ 15/5/08)
(Berita Harian Online @ 15/5/08)
No comments:
Post a Comment