26,500 hektar di seluruh negeri akan diusahakan LKTNS bagi dijadikan sawah
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan melaksanakan penanaman padi besar-besaran dalam tempoh terdekat termasuk menerokai 26,500 hektar kawasan sesuai di seluruh negeri bagi dijadikan sawah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata pembukaan sawah baru berskala besar itu akan dilaksanakan agensi kerajaan negeri iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS).
"Saya sudah mengarahkan Pengarah Perhutanan negeri, Datuk Sam Mannan dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal, mencari tanah sesuai untuk dijadikan sawah.
"Kita akan melaksanakan projek penanaman padi besar-besaran bagi meningkat pengeluaran padi dan memastikan bekalan beras dalam negeri mencukupi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri di sini, semalam.
Ketika ini, Sabah mempunyai sawah seluas 39,571 hektar dengan Kota Belud memiliki keluasan terbesar iaitu 10,000 hektar. Bagaimanapun, hanya 5,000 hektar sawah di daerah itu diusahakan manakala selebihnya menjadi tanah terbiar.
(Berita Harian Online @ 13/5/2008)
No comments:
Post a Comment