ESOK (24/5/08 @ sabtu) akan menyaksikan seorang lagi bakat muda yang akan diangkat sebagai juara program realiti terbitan Astro, Akademi Fantasia (AF).
Memasuki musim keenam penerbitannya, program realiti itu tidak dinafikan sangat berpengaruh sehingga mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat.
Berikut kami siarkan pilihan juara AF6 oleh beberapa selebriti tanah air.
Mila (Juara AF5)
Memasuki musim keenam penerbitannya, program realiti itu tidak dinafikan sangat berpengaruh sehingga mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat.
Berikut kami siarkan pilihan juara AF6 oleh beberapa selebriti tanah air.
Mila (Juara AF5)
“Mila tak kisah siapa pun yang bakal menjadi juara sebab semua pun berbakat. Tetapi kalau boleh biarlah perempuan yang memegang takhta juara untuk kali ini.
“Lagipun Mila tengok dari segi konsisten, Stacy memang layak menang sebab dia ada bakat, ada suara yang bagus dan setiap kali konsert, persembahannya amat konsisten.
“Bagaimanapun, dari segi undian SMS mungkin juga Riz yang akan menang. Sebab dari awal-awal konsert, Mila tengok saban minggu dia berjaya mengatasi undian ramai peserta.
“Minggu ini Nadia akan menyanyikan lagu Mila iaitu Aku Lebih Tahu. Jadi, selamat maju jaya untuk dia. Untuk peserta lain, harap mereka dapat lakukan yang terbaik pada konsert final nanti.”
Freddie Fernandez (Pengetua AF1)
“Apa yang saya lihat, kelima-lima peserta ada peluang untuk menang. Sebab dalam undian SMS agak susah nak ramal siapa yang bakal jadi juara.
“Semuanya bergantung kepada corak persembahan mereka pada malam final itu nanti.
“Dari segi populariti lebih memihak kepada empat peserta iaitu Stacy, Riz, Nadia dan Nubhan. Toi juga berpeluang untuk menang bagaimanapun agak kurang popular, mungkin sebab dia sudah berumah tangga.”
Noryn Aziz (Penyanyi)
“Kalau nak tanya siapa juaranya, Noryn tak pasti sangat sebab semuanya bergantung kepada undian SMS. Tetapi, kalau boleh biarlah antara dua peserta perempuan yang jadi juara untuk musim kali ini.
“Noryn tengok peserta yang berjaya ke final semuanya hebat dan berbakat. Mereka juga gunakan apa yang diajar oleh tenaga pengajar dengan baik.”
Linda Onn (Penyampai radio Era)
“Apa yang saya nampak, Nadia bakal bergelar juara. Saya pilih Nadia sebab persembahan dia setiap minggu kebanyakannya konsisten dengan suaranya sangat bagus.“Stacy juga salah seorang yang boleh berjaya tetapi saya lebih memihak kepada Nadia.”
Vanida Imran (Pelakon)
“Saya tidak pandai nak ramalkan siapa yang bakal menjuarai AF6 sebab ia bergantung sepenuhnya kepada undian SMS.
“Bagaimanapun, ada seorang peserta yang saya suka dan saya lihat dia ada ciri-ciri seorang penghibur yang berjaya iaitu Stacy.
“Bagi saya Stacy layak menjadi juara sebab suara dia bagus dan mutu persembahannya selama ini pun memang bagus.”
Hattan (Penyanyi)
“Berdasarkan pemerhatian saya dari konsert pertama, Stacy yang bakal menjadi juara AF kali ini. Bukan sebab populariti tetapi sebab bakat yang dia ada.
“Selain pandai menyanyi, bagi saya dia sangat-sangat energetik ketika membuat persembahan di atas pentas. “Bagaimanapun, kalau dari segi keunikan suara pula saya pilih Nubhan. Suara dia memang unik tetapi masih ada banyak kelemahan.”
Mawi (Juara AF3)
“Saya rasa yang bakal menjuarai AF musim kali ini ialah Stacy. Lagipun setiap persembahannya pada konsert-konsert mingguan sebelum ini bagus dan sangat konsisten.“Selain mutu persembahan yang baik, dia juga mempunyai suara yang bagus. Memang ada bakat sebagai seorang penghibur apabila keluar dari AF kelak.
“Pesanan saya kepada yang bakal bergelar juara AF6, bila keluar nanti jangan lupa untuk teruskan pembelajaran. Sebab jadi juara tidak semestinya dah kira bagus. Mesti perlu lebih banyak belajar.”
Zahid (Juara AF2)
“Bagi Zahid, kemungkinan besar yang bakal menjuarai AF6 ialah Nadia atau Stacy. Sebab dalam ramai-ramai peserta, Zahid tengok mereka yang paling konsisten. Boleh menari dan menyanyi dengan baik dalam satu masa.
“Zahid lihat prestasi AF musim ini agak lambat sikit nak meningkat berbanding musim-musim lalu, mungkin sebab faktor usia dan juga sebab rindukan keluarga.”
No comments:
Post a Comment