Saturday, June 21, 2008

8 DEKLARASI SAPP

20/06/2008

Deklarasi SAPP:-

1. Kerajaan mesti berasaskan rakyat dan berdasarkan tadbir urus baik, masyarakat berhemah dan politik tanpa perkauman.

2. Sabah mesti memiliki autonomi politik yang mana kerajaan mesti diterajui rakyat Sabah.

3. Sabah dan negeri pengeluar minyak lain mesti diberi royalti minyak sebanyak 20 peratus.

4. Wilayah Persekutuan Labuan dikembalikan kepada Sabah.

5. Undang-undang Persekutuan tidak adil dilaksanakan di Sabah dan Jabatan Persekutuan mesti dikaji semula.

6. Sabah mesti diberi peranan dalam pentadbiran Persekutuan, perkhidmatan awam dan swasta, manakala Jabatan Persekutuan di Sabah diterajui rakyat tempatan.

7. Kerajaan Pusat dan negeri mesti menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin secara tegas.

8. Kerajaan Pusat dan negeri mesti memperbaiki ketidakseimbangan struktur ekonomi dan sosial.

No comments:

Post a Comment