Hakim Britain keluar waran tangkap Putera Jefri
LONDON: Pertikaian pemimpin Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan adiknya, Putera Jefri, membabitkan aset dan wang tunai bernilai £3 bilion (RM21 bilion), berkemungkinan menyaksikan putera itu dipenjarakan, dakwa akhbar Britain, The Daily Telegraph.
Mahkamah Britain sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap Jefri bagi membicarakan kes, semalam.
Peguam Jefri, James Lewis memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak tahu menahu di mana putera itu berada dengan laporan mengatakan beliau mungkin ada di Perancis atau Maghribi.
"Apa yang saya tahu, beliau memang tidak mahu hadir dalam prosiding ini," katanya.
Pertikaian 10 tahun antara dua bersaudara itu yang dikatakan termahal dalam sejarah perundangan, turut menggemparkan dunia kerana mendedahkan kehidupan mewah kerabat diraja Brunei itu yang terpaksa mendedahkan butiran fakta yang selama ini dirahsiakan.
Jefri, 53, dituduh menyalahi syarat satu perintah mahkamah mengarahkannya menyerahkan wang tunai dan aset bernilai berbilion-bilion pound sterling kepada Agensi Pelaburan Brunei (BIA) yang di bawah kawalan Sultan Hassanal yang juga antara 10 orang terkaya di dunia.
Ia membabitkan dakwaan Jefri menggelapkan £8 bilion (RM56 bilion) wang rakyat sepanjang tempoh 13 tahun berkhidmat sebagai Menteri Kewangan di negara kaya sumber minyak itu. Jefri sudah berulang kali menafikan beliau bersalah.
Biarpun Jefri akur dengan penyelesaian luar mahkamah pada 2000 dengan memulangkan wang tunai, harta dan rumah di seluruh dunia yang bernilai kira-kira £3 bilion (RM21 bilion), beliau didakwa membenarkan wang itu dikeluarkan sedangkan akaun bank sepatutnya dibekukan.
Beliau juga didakwa gagal mendedahkan akaun lain dan perbuatan itu dilihat menghina mahkamah.
Berikutan itu, Jefri yang dikatakan tidak bertegur sapa dengan abangnya sejak empat tahun lalu, kini berdepan hukuman penjara dua tahun apabila kes itu dikemukakan ke Mahkamah Tinggi, semalam.
Namun, The Daily Telegraph turut difahamkan, Jefri yang menyedari kemungkinan dihukum penjara, tidak akan menghadiri perbicaraan di depan Hakim Peter Smith - hakim sama yang pernah menyelia kes pertikaian hak cipta 'Da Vinci Code' pada 2006.
Selepas mengeluarkan waran tangkap itu, Smith memberi amaran Jefri berdepan hukuman penjara jika terus mengelak perbicaraan.
Peguam Sultan Hassanal dan Jefri cuba sedaya upaya sejak sebulan lalu untuk mencapai persetujuan yang boleh mengelak Jefri dipenjarakan, tetapi gagal mencapai penyelesaian di luar mahkamah. - Agensi
Thursday, June 12, 2008
Adik Sultan Brunei mungkin dipenjara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment