Sunday, June 15, 2008

Post saya di BLOG MP KBELUD : LEBIH BAIK TIADA ADUN ATAU MP!!!


GuNTaYK :

Kekadang saya rasakan lebih baik tidak ada ADUN ataupun MP di KB ini. Kalau adapun tidak ada guna, tidak pedulikan juga rintihan rakyat jelata.Kekadang ADUN atu MP terlalu ego, sombong & susah untuk ditemui oleh rakyat. mereka selalu diluar kawasan & tidak dpt dihubungi.So apalah guna ada ADUN & MP kalau mereka tidak berfungsi seperti yg diharapkan oleh rakyat jelata di KB??? Fikir2kanlah...termasuk YB DARD sendiri!!! Kalau tak setuju dgn pendapat saya ini, so just tunjukkan bukti melalui tindakan yg YB ADUN dan MP buat utk kebaikan rakyat KB!!!

komen2 dari blogger lain:-

genuinekb:-

Selagi kita ini manusia selagi itu mesti ada pemimpin. Pemimpin itu adalah ketua kita untuk melaksanakan sesuatu untuk kebaikan rakyat semua. Itu lah nasib pemimpin. Selalu kena cop. Yang sebulu dengan pemimpin copnya lain semantara yang tak sebulu lain pula copnya. Yang tak mahu tahu apa apa barangkali tiada cop nya. MP itu hanya satu dalam satu Daerah semantara ADUN itu juga hanya satu dalam sesuatu kawasan pilihanraya. Dalam DUN atau MP itu ramai penduduknya. Bukan mudah untuk melayan semua orang. Jadi kalau kita mahukan sesuatu daripada ADUN ataupun MP dekatkan diri kita dengan mereka. Kita kena sedar mereka MP atau ADUN yang dipilih oleh rakyat. Pandai pandai lah kita mendekati mereka. Nasib saya barangkali baik sebab saya belum pernah berjumpa dengan MP atau ADUN yang sombong atau ego. Atau barangkali saya tidak pandai menilai...tak tau lah juga.

GuNTaYK:-

Rakyat selalu kata ADUN & MP sukar untuk dijumpa atau dihubungi, so mcmana nak mendekati mereka? Kalau mereka itu benar2 ketua atau pemimpin yg dipilih oleh rakyat...kenapa pula mereka kekadang mementingkan diri sendiri, keluarga & kroni2 mereka sahaja...padahal rakyat yg pilih mereka untuk dijadikan ketua /pemimpin. EDARLAH WAHAI KETUA / PEMIMPIN...anda dipilih oleh rakyat, so kenalah bekerja & berkhidmat untk kebaikan rakyat!!! fikir2kanlah!!!...

ROMES:-

Saudara, Daerah Kota Belud seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya 5 DUN ( 1.Tempasuk,2. Persisiran Pantai, 3.Usukan,4.Sorob,5.Kadamaian) dan 2 MP (1. KOTA BELUD = Usukan + Tempasuk + Persisiran Pantai) dan 2.NUNGKOK = Sorob + Kadamaian)

lantaspadang:-

jawaban kepada guntayak MP A. YB DARD - adalah orang tuaran tetapi keturunan orang kota belud - 1. peramah dan mudah di jumpaai dan mudah mesra, tidak begitu protokol dimana-mana boleh berurusan kalau ada surat-surat mahu ditandatangani kata orang sambil berdiri kalau terlalu mendesak dia akan tandatangan juga 2. saya baru kenal YB DARD tetapi YB DARD dah beberapa kali sudah datang ke kota belud mahu lihat masalah yang ada di kawasan beliau, dan ini menandakan YB DARD begitu perihatin dan tahu berterimakasih. 3. saya jarang nampak orang begitu loving terutamanya dengan orang yang berusia emas, kerana saya melihat YB DARD melayan orang yang berusia emas dengan penuh minat dan dengan penuh kelembutan. sebagai pemiimpin YB DARD tidak mengenali setiap rakyat kota belud maka oleh itu kitalah datang untuk berjumpa beliau jika sekiranya mahukan sesuatu dengan beliau, kerana YB DARD akan hanya ada di kota belud pada hujung minggu dan kalau ada apa-apa yang kebetulan beliau tidak ada di kota belud maka bolehlah ke pejabat parlimen dan berurusan dengan pegawai-pegawai yang telah beliau lantik. B. adun Tempasuk DT MUSBAH - beliau adalah orang taun gusi dan pada bila-bila masa saja boleh berjumpa dengan dia , saya buat jaminan ini kerana saya telah pernah menemui beliau di pejabat, di rumah, di kedai kopi, di dalam majlis kawin, di majlis kematian, di dewan undangan negeri di dalam kereta sewaktu beliau begitu sibuk dan semuanya tempat-tempat ini dia melayani dengan penoh bertatatertib tidak pernah masam muka apa lagi memebesarkan suara beliau, saya orang biasa dan bukan kroni tapi beliau kenallah seperti mana orang-orang kota belud yang lain. C. adun usuka DT JAPLIN - orang taun gusi pemimpin muda amat mesra dengan sesiapa saja walau dimana sahaja berjumpa, tidak mementingkan status beliau dia boleh duduk dimana saja kedai kopi di kedai kelingpun dia boleh makan dan minum tidak memilih dengan siapa saja dia bol

ZZM:-

Saudara Lantas Padang,Saya orang Taun Gusi,Hj Musbah Jamli dan Japlin Akim juga orang Taun Gusi.Saya sudah sekolah menengah,kedua dua ADUN ini masih belumpun bersunat.Betullah dan tepatlah YB DARD memberi amanah kepada mereka untuk "mengurus dan mengawalselia" kawasan masing masing.Tapi jangan marah kalau saya katakan dulu lain sekarang lain.Sebelum Pilihanraya mereka ini agak baik,perama dan kenal sanak saudara.Kalau sekarang??? Maaf,Saudara Lantaspadang,kita sudah salah orang.Dua Ekor ADUN ini cukup licik dan nakal,pura pura tidak kenal,pura pura sibuk,sehingga orang yang paling dekat (bu,pa,dik mak,dik eyang) ooi macam tidak nampak. Betullah cakap orang Taun Gusi,bagus lagi tiada ADUN atau MP.Tolonglah jangan hipokrit,dua ekor ADUN ini bukan macam dulu dulu.Saya orang kerajaan,saya tiada kepentingan apa mengenai gaya dan perangai ADUN kita tapi saya kesal sebab "tatacara perangai" bukan lagi apa yang kita kenal dulu. JOMO BT 4

PEMUDAKB:-

Guntayk sabar kau Geng...nanti kena high blood pressure!!. Hati2 Geng, kesihatan tu penting.... Kita faham niat saudara Guntayk tu mahukan yg terbaik utk org KB yg sudah lama menunggu. Oleh kerana pengalaman hidup (dipimpin oleh pelbagai kerena pemimpin sebelum ni) maka lahirlah perasaan seperti ini. Saya dan keluarga sy personally pernah di pandang hina oleh seorg pemimpin & kroni2 dia (di KB) spt apa yg saudara Guntayk katakan tu (fitnah politic!!!) dan sampai sekarang ni saya masih ingat. We just moved on with our life.... tak apalah, my life is not just about them... Law of Physics: "what goes up must goes down" begitulah juga dalam kehidupan kita. Bagi saya pemimpin juga perlu ditegur, samalah seperti pemimpin menegur rakyat...kan itu revers Democracy!!!

jonp2:-

Dah jadi kebiasaan bagi orang politik, time p/raya saya nampak bersungguh-sungguh buat kerja untuk rakyat. Tetapi semuanya itu rupa-rupa hanya lakonan semata-mata saja, tak ada kena-menegana selepas p/raya.

lantaspadang:-

saudarku zzm, kita kena realistik sedikit, mungkin zzm hanya melihat dari satu sudut sahaja, zzm hanya tahu apa yang tidak sama lagi dengan yang dulu, wahai zzm orang yang mulia, setiap saat segala-galanya akan berubah dan kalau dulu mereka itu hanya manusia seperti kita, dan sekarang mereka ini sudah menjadi pembantu menteri, dan sebagai pembantu menteri mereka bukan hanya melayan zzm di batu 4 sahaja tetapi melayan seluruh orang seluruh sabah bukan hanya memikirkan apa yang zzm perlukan tetapi keperluan orang seluruh sabah, dan sebagai orang tua zzm kena nilai sekali lagi jangan mudah berperasangka yang tidak menentu dan membutatuli dengan tuduhan yang melulu, kalau bagi saya kedua-dua mereka ini memang membuat kerja mereka bukannya hanya hanya melayan orang dengan senyuman sahaja, kerana apa yang perlu adalah memikulkan tanggungjawab yang diamanahkan bukannya melayan penamal zzm itu

Maruf:-

Guntayk..Cakap berdasarkan fakta yang betul sahaja!Kalau masuk blog ini sekadar untuk menghina,itu bukan tujuan sebenar penubuhan blog ini!YB sebok.Bukan macam kita.Happy Always!

tumpu2020:-

hahahhaha...sokong sama Guntayak...betuler..Yb ne kadang tidak boleh harap..hanya muncul pada masa pilihanraya..selebihnya..di KL lah..di KK lah...kalau DARD ne bersungguh-sungguh..buka pusat khidmat rakyat...di pekan kota belud ka..atleast dia tiada pun..masih ada pegawai yg akan membantu rakyat.....buka 24 jam..kan senang....Guntayak rilex kau...topinai...

tumpu2020:-

saudara lantaspadang..saya tidak tahu kalau lantaspadang cuba untuk memberikan/membuka minda kita untuk lebih menyelami tugas seorang Wakil rakyat khusunya di Kota Belud atau sedang membodek para wakil2 rakyat di Kota Belud..harap maaf..betulkan niat 2 sedikit...Setuju dengan pemudaKB..pemimpin perlukan teguran...

GuNTaYK:-

Sdr.Maruf, mungkin awak ni baru hidup setahun jagung...sedangkan pakcikmu ini dahpun mo dekat stengah abad...so pengalaman hidup tu mungkin lebih sikit dgn maruf. saya sebenarnya sempat dgn YB atau MP musim USNO dan sampailah sekarang ini. So kebanyakan apa yg saya ckp memang lahir dari hati yg iklas dan tdk berprasangka dgn mana2 ADUN atau MP. Kalau ADUN atau MP yg baik memang saya puji & saya bterima kaih dgn kebaikan mereka bukan kpd saya ttpi kpd rakyat KB keseluruhannya.saya ni memang org kici sahaja, cuma mkn gaji sahaja tapi saya tau yg baik dan juga yg tdk baik.So sdr maruf..teruskan perjuanganmu..pastikan YB ADUN atau MP yg anda sanjungi itu benar2 berkhidmat untuk rakyat kemudian tunjukkan faktanya pulak kpd kita org. Satu lg sdr maruf...photo yg awak download tu..jalanraya yg mcm sawah padikan? so...harap2 YB yg berkenaan samad ADUN atau MP mengambil tindakan secepat mungkin demi utk kebaikan rakyat yg kg yg berkenaan...saya ada timbulkan isu j/raya tersebut dlm bog ini yg saya petik dari surat khabar...saya turut kesian dgn rintihan penduduk yg terlibat!! renung2kanlah & fikir2kan.

lantaspadang:-

kita sudah dalam abad dimana langit tidak ada sempadan lagi, dan apa yang kita lakukan akan dapat diketahui oleh sesiapa saja dalam beberapa saat walaupun beribu batu, jadi untuk guntayk menyamakan MP USNO dengan MP musim kini adalah sudah tertinggal zaman, dan sekarang semua orang mahukan ketelusan dan kalaupun ada diantara kita masih menggunakan dan mengamalkan perkataan bodek itupun sudah tertinggal jauh dibelakang dan macam sudah terpadam dalam kamus kehidupan manusia masa kini, kerana sekarang ini apa yang mahu diketengahkan adalah kepintaran dan kebenaran dan juga semua orang akan mahu mencipta sejarah dimasa depan bukan masa yang mana sudah tertinggal jauh dibelakang

ramostk:-

salam, cara saudara bercerita ni mcm kecewa betul. relax bah kita sebenarnya kena bagi2 tugas. kita mengundi-yb menang-kita minta tunai janji2 pilihanraya- yb tak tolong-5th mash tiada juga nampak yang yb janji-masa mengundi tiba-tugas kita undi yb baru....proses berulang lagi.......dan lagi

GuNTaYK:-

salam lantaspandang...dorang tu sama saja...sama2 pemimpin atau ketua, so tada bezanya walaupun skrang ni langit tada sempadan lagi.pembawaan & sikap merekapun lebih kurang sama saja.Kalau ko ckp psl bodek tu pulak...dari dulu sampai sekarangpun ianya tetap ada & sama.walaupun zamannya berbeza tapi saya percaya cara atau gaya kepimpinan mereka juga tdk jauh berbeza...takkan psl langit tdk ada sempadan sja semuanya berbeza? renungkanlah & fikir2kanlah secara logik bro!

PuteraKudat:-

Jika tidak ada wakil rakyat.... nampaknya kita menolak sistem demokrasi yg berperlembagaan... adakah kita mau sistem monarki atau komunisme?... ungkapan ini perlu difikir secara rasional dan bukannya emotional state...

(dipetik dari BLOG MP/Ahli Parlimen K.Belud (P169)).

No comments:

Post a Comment