Thursday, June 12, 2008

Scolari bakal meninggalkan Portugal, jadi pengurus Chelsea


LONDON: Jurulatih Portugal, Luiz Felipe Scolari akan bersama Chelsea sebagai pengurus sebaik tamat kejohanan Euro 2008.

Kelab Perdana Inggeris itu mengumumkan dalam laman webnya bahawa tempat Avram Grant akan digantikan Scolari.

Persekutuan Bola Sepak Portugis turut mengesahkan perkara itu, dengan menyatakan kontrak Scolari tidak diperbaharui selepas Euro 2008 berakhir selepas menerima tawaran Chelsea.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dipercayai memilih Scolari yang pernah membantu Brazil menang Piala Dunia itu selepas kurang puas hati dengan khidmat Grant yang kurang pengalaman itu.

Scolari, yang bersama Brazil dan mendakap Piala Dunia untuk kali kelima pada 2002, akan memulakan khidmat di Chelsea pada 1 Julai.

Berusia 59 tahun, pemain bekas pertahanan itu bagaimanapun tidak pernah berkhidmat dengan kelab Eropah.

Namun, beliau pernah menang Piala Copa Libertadores apabila mewakili kelab Brazil Gremio dan Palmeiras. - AP

No comments:

Post a Comment