Thursday, June 19, 2008

Macam 'kacang lupakan kulit'

PUTRAJAYA 18 Jun - Perlakuan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan bahawa partinya hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri tidak ubah seperti 'kacang lupakan kulit'.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohamed Rahmat (gambar) berkata, beliau masih mengingati bagaimana Teck Lee pada suatu ketika keluar daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan menubuhkan SAPP sebelum merayu kepada BN supaya partinya didaftarkan dan diterima masuk ke dalam komponen itu.

''Pada ketika itu, konsep permuafakatan kita (BN) terserlah dengan berpandangan bahawa orang Cina di Sabah juga berhak menubuhkan sebuah parti dan bukan sahaja dia diterima malah boleh menjadi Ketua Menteri Sabah lagi.

''Tapi sekarang dia sudah jadi 'kacang lupakan kulit' dan mahu mengugut BN pula," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

No comments:

Post a Comment