Thursday, June 12, 2008

Macam-Macam: Pasukan kalah 54-1 kena gantung penyertaan

COLOGNE: Sebuah pasukan bola sepak di Jerman mungkin mencatat sejarah dunia apabila tewas di tangan lawannya dengan bilangan gol 54-1 dalam perlawanan pada hujung minggu lalu.

Kekalahan memalukan itu menyebabkan pihak berkuasa Pengurusan Bola Sepak Cologne memutuskan menggantung penyertaan 11 pemain pasukan DJK Lowen II selama setahun selepas kalah kepada pasukan Rheinkassell-Langel II.

Pasukan liga bawahan itu juga ditolak 12 mata dalam pertandingan yang akan diadakan musim depan.

"Lowen kini secara rasminya menjadi pasukan paling buruk dalam liga bola sepak Jerman," kata seorang peminat. - Agensi

No comments:

Post a Comment