TAMPIN: Pengurusan Felda diarah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sejauh mana keruntuhan akhlak masyarakat peneroka berikutan penyebaran rakaman aksi seks seorang peneroka berusia 52 tahun dari Felda Jelai, Gemas, dekat sini bersama pasangan yang berusia 21 tahun.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hassan Malek, berkata perbuatan memalukan peneroka berkenaan harus dipandang serius kerana ia tanda gejala sosial turut melanda masyarakat tanah rancangan.
"Felda harus menyiasat perkara ini dan mengambil pendekatan bagi mengatasi gejala negatif seperti ini. Saya menganggap rakaman aksi seks itu sebagai amat menjijikkan dan memalukan.
"Bagi tindakan undang-undang, kita serahkan kepada polis, tetapi saya minta Felda turut menjalankan siasatan dalaman kerana perbuatan individu terbabit amat memalukan, apatah lagi dilakukan orang yang boleh dipanggil datuk yang sepatutnya menjadi teladan kepada generasi muda," katanya semalam.
Kelmarin, akhbar ini melaporkan seorang peneroka Felda Jelai 3 dan pasangan dari Felda Jelai 4 ditahan polis selepas dipercayai merakam adegan seks mereka menerusi telefon bimbit di sebuah pondok dalam kawasan kebun getah, awal bulan lalu.
Pasangan itu ditahan pada 26 Mei lalu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar bahan lucah dan Seksyen 60 (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 selepas adegan seks tersebar di kalangan penduduk yang kemudian membuat laporan polis.
Seorang lelaki yang juga rakan peneroka itu turut ditahan kerana bertindak selaku jurukamera menggunakan telefon bimbit merakamkan adegan seks pasangan terbabit yang disebarkan dengan tajuk Budak Jolai, tetapi ketiga-tiga individu itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.
Pemangku Ketua Polis Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang, ketika dihubungi meminta orang ramai yang menyimpan rakaman berkenaan memadamkannya bagi mengelak dikenakan tindakan kerana memiliki bahan lucah.
Sementara itu, ketiga-tiga individu yang terbabit dalam kes berkenaan kini dipercayai menyembunyikan diri kerana dikatakan malu selepas rakaman adegan seks itu tersebar dan terlepas ke tangan orang ramai, terutama di negeri ini.
Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, peneroka berkenaan yang memang dikenali penduduk setempat bersama rakannya dan wanita dalam rakaman itu tidak kelihatan di kawasan tanah rancangan terbabit selepas dibebaskan polis 26 Mei lalu.
Thursday, June 5, 2008
Felda siasat kesan video Budak Jolai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment