Monday, June 30, 2008

TENAGA SEGERA KETIKA LAPAR

Ketika bekerja kadang-kadang kita mengabaikan waktu makan. Kita akan terasa badan menjadi lesu kerana terlalu lapar. Oleh itu, anda boleh mengambil makanan ringkas dahulu sebelum mengambil makanan yang berat. Yang disarankan ialah:

1. Minum susu atau yang berasaskan susu. Ia bukan sahaja bertindak sebagai pembekal protein sihat di dalam tubuh malahan boleh mengenyangkan perut buat sementara waktu.

2. Ambil buah-buahan sama ada yang segar mahu pun di dalam tin. Selain kaya dengan serat, ia juga mengandungi protein yang menyihatkan.

3. Coklat juga boleh dijadikan sebagai makanan yang boleh membekalkan tenaga. Ia membekalkan karbohidrat walaupun agak lambat berbanding susu tetapi ia sudah memadai.

No comments:

Post a Comment