Sunday, June 15, 2008

Ulasan Oleh MP Kota Belud kpd GuNTaYk dan tumpu2020 (Lebih baik tiada adun dan mp!!!)


JAWABAN DARI YB DARD (MP KOTA BELUD / P169) KEPADA POST OLEH SAYA (GUNTAYK) YG BERTAJUK "LEBIH BAIK TIADA ADUN DAN MP):-


YB_DARD:-

GuNTayk menulis dan mengatakan bahawa tidak ada gunanya ada pemimpin. Pada beliau, pemimpin tidak ada gunanya dan hanya mementingkan diri sendiri. Menuduh secara menyeluruh begitu tidak adil dan tidak betul. Kalau ada yang nak ditegur, perlulah lebih spesifik. Barulah wakil-wakil rakyat dapat membetulkan keadaan. Saya juga berharap agar GuNTaYK lebih terbuka dengan pandangan orang lain. Tidak payah memperkecil kecilkan pandangan orang lain. Dengan usia setengah abad itu, gunakanlah pengalaman anda untuk membantu kami yang masih berhingus ini untuk menjayakan misi kami. Untuk makluman GuNTYak, saya boleh senaraikan apa yang saya buat selama 2 1/2 bulan menjadi MP anda. Semua jadual kerja dan bantuan serta perancangan ada dipejabat Pusat Khidmat saya di alamat Lot 37, Blok H, Centenary Complex, KB (untuk makluman tumpu2020, pejabat pusat khidmat saya sudah ada sejak saya menjadi MP). Harap GuNTaYK dapat meluangkan masa untuk menilai kerja saya setakat ini agar tidak timbul prasangka yang kurang baik. Di sana, anda boleh lihat senarai jalanraya kampung, bekalan air, rumah rakyat, bantuan kebajikan dan bantuan sponsor majlis-majlis/ program-program. Saya tidak suka mendabik dada apa yang saya sudah buat. Terpulanglah kepada rakyat untuk menilainya. Berkenaan soal berada di KL, saya harap anda semua faham bahawa semua MP Sabah berada di KL dari hari Isnin sehingga Jumaat kerana sidang Parlimen. Kami akan balik kekawasan masing masing setiap hujung minggu. Saya tidak pernah tidak turun ke KB setiap minggu kecuali satu minggu dimana saya terpaksa menghadiri hari ulangtahun UMNO iaitu pada hujung minggu 11hb Mei baru-baru ini. Terbinanya blog ini juga adalah satu manifestasi gerakkerja saya untuk mendekatkan diri dengan rakyat. Sebenarnya, masalah saya hanya satu. Saya tidak suka duduk dikedai kopi untuk sembang sembang kosong kerana banyak lagi kerja yang perlu dibuat. Mungkin saya belum terbelanja GuNTaYK minum kopi lagi...... Pegangan hidup saya senang saja. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Kalau takut dinilai orang, jangan jadi wakil rakyat. Komen anda semua saya hargai. Yang pedas akan saya jadikan iktibar, yang manis akan saya buat pedoman. Salam.

Komen2 dari blogger2 yg lain:-

lantaspadang:-

saya walaupun tidak terlibat dalam kumpulan lawatan YB DARD tapi saya tahu dan lihat YB DARD membuat lawatan ke kampong pantai emas, taun gusi dan rampayan untuk melihat, meninjau dan menderma untuk orang-orang yang kena tufan baru-baru ini, dan pada hari sabtu yang lalu YB DARD ada juga saya lihat ke sayap untuk merasmikan tadau keamatan dan mungkin ada lagi kerja-kerja lain yang dibuat, akau bukan membodek dan meminta apa-apa dari YB DARD, cuma apa yang saya tulis dari apa yang saya tahu dan lihat bukannya mencari kesampatan dalam kesimpitan

ZZM:-

YB DARD,saya mungkin tidak bersua muka dengan YB DARD tapi daripada apa yang saya dapat tahu YB DARD sudah buat yang termampu untuk KB dan Sabah diDewan Rakyat. YB DARD tidak akan dapat melayan 1001 macam karenah dan pandangan rakyat,yang tepat YB DARD buat yang terbaik untuk majoriti selagi ianya tidak melibatkan cuma golongan "tertentu" macam yang berlaku zaman ADUN/MP dulu dulu.BRAVO YB DARD,we all knew that you have done your shares at Parliment Sitting. ZZM

HHunter:-

Satu pendirian dan pendedahan YB yang telus dan jelas. Setakat ini saya belum terjumpa blog yang terbuka dari mana-mana wakil rakyat Sabah yang boleh menerima teguran dan pandangan yang terbuka. Dengan ketibaan IT melalui pelbagai saluran setiap YB tidak lagi dapat berselindung dari menggunakan khidmat ini. Memang akan terdapat pelbagai teguran-teguran dan pendapat2 yang perit dan sukar diterima. Tetapi yang jelas setiap pandangan akan sampai kepengetahuan wakil rakyat dengan cara sebegini dan hanya masa sahaja yang akan dapat menentukan sama ada wakil rakyat telah bertindak dengan bijaksananya. YB bukan punya kuasa ajaib yang boleh melaksanakan semua kemahuan rakyat, dia terikat dengan pelbagai birokrasi. Buktinya sekarang YB DARD ada mengunjungi blog ini setiap masa dan mengulas seberapa pandangan.

ZZM:-

A'kum YB DARD,pandangan HHunter adalah satu komplimen yang tepat,YB DARD bukannya superman atau tukang sihir yang boleh melakukan sesuatu sekelip mata tapi mengikut peraturan yang tersedia. Persoalan saya,adakah YB DARD memantau tindaktanduk ADUN/ADUN dikawasan KB ini??? Minta atau arahkan mereka turun padang untuk bertemu rakyat atau akarumbi.Jangan hanya pandai berjanji nanti tidak tertunai lain pula jadinya. Percaya atau tidak,satu ADUN (lahir kampung saya,membesar dikampung saya,kecil kecil ikut saya tapi bila disalam seakan menolak dan pura pura tidak kenal) Inikah ADUN yang kami undi??? Betul betul lucu...TAPI TIDAK APA ZZM (Ex Green Beret)

tubal:-

pok,pok,pok,pok..... i give u a big clap yb, attitude macam ni lah yg perlu ada dalam seorang yb, not 2 complement u yb but harapan saya kususnya dan penduduk mp KB amnya, semangat macam ni yang diperlukan. ps 2 lantas pandang saya bukan minta puji dalam mengetengah apa2 artikel or cerita yang baik untuk dikongsi bersama. saya rasa anda, memang orang yang kurang arif(BODOH) dalam menilai suatu cerita yang baik atau tidak.

penuliscyber:-

menarik blog DARD ini...moga ramai lagi blogger dari BN akan muncul

rakyatsabah:-

Saya pernah dengar Samy Velu (beberapa tahun dahulu) marah kepada para sekumpulan pengundi MIC yang datang dari sungai siput ke KL untuk menghadiri AGM MIC. Kumpulan tersebut bertolak ke KL pada tengah-tengah malam dengan sebuah bas sekolah. Malangnya ketika berada dikawasan Rawang (hampir-hampir dakat KL suda) bas tersebut rosak dan masa tersebut ialah jam 3 pagi. Penggundi2 tersebut mahu Samy Velu "bertanggung jawab" sebagai presiden dan talipon Samy Velu suruh dia bangun untuk datang tolong mereka. Samy Velu amatlah marah dan membuat komen bahawa presiden MIC ada banyak kerja-kerja yang lebih penting selain daripada datang untuk melawat bas pengundi yg rosak jam 3 pagi. Samy Velu berkata, tindakan yang lojik sepatutnya panggil mekanik untuk repair bas tersebut, bukan panggil presiden party. Berdasarkan cerita ini, saya berpendapat bahawa bukanlah perkara penting DARD untuk sentiasa berada di KB atau Sabah sepanjang masa. Yang penting beliau perlu tahu (melalui spy-spy & agent-agent 007 beliau) apa permasalahaan rakyat dan tindakan penyelesaian dibuat dengan cepat. P/S: By the way Datuk, since I am working and living in KL, bolehlah Datuk belanja saya minum sekali-sekala Datuk. Saya rasa Guntayk pun karaja di KL, bolehlah kita pigi minum bertiga....tapi Datuk belanja lah...hehehe)

Anak_Sama:-

YB Dato'. Semoga lebih kuat! Binalah kekuatan yang hakiki daripada pandangan2 yang pelbagai ini. Selamat Berjasa....

Anak_Sama:-

Walaubagaimanapun,... pujian juga harus diberikan kepada GuNTayk atas tulisan 'melulu' dan agak 'emosional' itu. Bagi saya ini secara tidak langsung lebih berupa provokasi kepada prestasi Yb DARD. Harap2 tulisan beliau ini juga adalah menggambarkan bahawa beliau amat prihatin kepada pemabngunan dan kemajuan daerah ini. Mungkin orang2 sepertinya ini boleh bekerjasama baik dengan DATO' jika diberi peluang,...:)

YB_DARD:-

no problem rakyatsabah....

GuNTaYK:-

Terima kasih YB DARD.Dari apa yg DARD jelaskan cukup menyentuh hati saya..dgn 2 1/2 bln sbgi MP KB, DARD dahpun mula mengorak langkah untuk membantu rakyat KB.Sebenarnya mcm tulah MP yg diharap-harapkan oleh rakyat. Memang saya tdk nafikan ada sebahagian drp MP memang buat kerja dan tdk juga dinafikan ada yg sebaliknya pulak. untuk makluman DARD, saya dari kwsn kedamaian yg memang damai...sebab tu saya hulurkan salam damai utk DARD & semua member2 dlm blog ini.Saya juga suka mengutarakan disini bahawa saya pernah kata ADUN / MP local atau import tak jadi masaalah asalkan mereka benar2 iklas berkhidmat utk rakyat yg mereka wakili.So harapan kami rakyat di kedamaian dan juga KB sememangnya cukup tinggi menggunung terhadap DARD. Saya harap bila saya balik KB nanti, saya berpeluang p jalan2 ke pejabat khidmat DARD.Saya harap DARD taklah ambil hati sangat dgn apa yg saya katakan kerana sebenarnya saya suka berterus terang & buat sindiran sikit2 supaya sesiapa yg makan lada akan terasa pedasnya. Kalau yg tak makan lada...so just relaxlah,tak usah terasa hati. So harap DARD akan bekerja lebih kuat utk rakyat DARD di KB. Salam!!

PEMUDAKB:-

GunNTayk & Tumpu2020 sebenarnya pro-active (in their own way) mahu tengok macam mana YB DARD respond (mind you diorg ni educated juga mcm YB DARD and Im sure they know what they're doing) Welcome to the "Bloggers world"!!! at least, made YB DARD clearify the real situation & hopefully happy with YBs' explainations. I am intrigue with your life principle Dato, this is a motivation!!! Selamat Bertugas Dato

PEMUDAKB:-

rakyatsabah sampai cerita Samy Valu kou Geng, sampai sejuk hati YB Dard...rakyatsabah & GunNTayk kalau Jumpa YB di KL minta dia belanja kopi (Kau2 sikit) harga RM30 satu cawan (Cari tempat yg mahal sikit spt Hotel Cacossa or The president...YB DRAD to mampu!..

Pendeta22:-

Bole join minum ka tu!!!Sia pun di KL juga

Ayu:-

Oleh kerana ramai yg berada di KL dan saya pula di KK, boleh ke kiranya saya minta YB Dard postkan jadual kerja dan projek2 yg sudah, sedang dan akan dijalankan di KB di blog ini, so tak perlu lah kami naik ke pejabat YB di Kota Belud..satu lagi senaraikan nama2 pegawai YB yg bertugas dan no hp mereka untuk senang dihubungi..demi ketelusan dan transparency kerja2 YB...

genuinekb:-

Syabas semua... Rakan rakan blog semua wajar diberikan pujian. Saya ikuti dialog ini sejak subuh tadi tapi tak terdaya nak respond sebab saya gunakan mobile Celcom 3G broadband. Sejak dari pagi reception lemah. Pujian ini saya sampaikan pada anda semua dan khasnya pada YB DARD dan GuNTaYK. Pada YB DARD ketelusan, keterbukaan, kesabaran dan kesanggupannya untu ditegur membanggakan rakyat Kota Belud. Pada GuNTaYK pujian juga harus diberikan kerana beliau akur dengan ketelusan dan kterbukaan YB DARD dan rakan rakan blog sekelian. Nah... macam itulah warga Kota Belud menerima hakikat setelah hilang keraguan. Saya mencadangkan kepada YB DARD untuk menjemput ahli-ahli blog ini hadir ke mana mana majlis yang dihadiri YB DARD sebagai team YB DARD. Jangan ada tembuk yang menjadi halangan dan rintangan kita bersama. Apabila selalu bertemu wujud kemesraan, hilang keraguan, wujud permuafakatan, wujud kasih sayang. Kita masing masing ada peranan untuk menjanakan minda rakyat. Mudah mudahan kita dapat letakkan Kota Belud ini di PUNCAK JAYA agar dapat dicontohi oleh daerah lain. Insya Allah.

lantaspadang:-

aku respon juga dengan tubal ini kerana dialah yang terpandai daripada kamu semua semoga pandai kau itu tubal dapat membaiki kota belud ini, tetapi kalau tidak dapat berbuat apa-apa juga maka engkaulah yang tersangat bodoh diantara orang-orang yang bodoh seperti saya ini

YB_DARD:-

Masalahnya kebanyakkan bloggers tak nak dedahkan identitinya. Jadi macammana nak jumpa dan minum. Buktinya, hampir semua bloggers dalam blog ini menggunakan nama samaran atau tanpa nama. Entah-entah ada yang laki bini tapi tak tahu masing masing dalam blog ini!!!

YB_DARD: Tkasih GuNTYak

Afiq:-

Saya setuju sungguh dengan cadangan Genuinekb tu..harap pakcik 'Sabun Mandi' boleh urus pertemuan rakan rakan blog ni..mesti meriah punya!..teruskan perjuangan DATO!

genuinekb:-

Ia tak ia juga. Tapi Genuinekk senang saja mahu tahu. Gambar gambar yang saya kirim di mana YB menyambut tetamu di Dewan Masyarakat Kota Belud itu saya di sebelah kiri YB. Boleh juga email saya genuinekb@gmail.com atau H.P 0198525311. Saya AJK Bahagian bah. Ketua Daerah Mengundi Pandasan PRU12 yang lalu.

tumpu2020:-

hahha..isk ko ne PEMUDAKB..bikin malu sama saya saja hehehh..jgn puji bah hahhah..ok berbalik pada isu asal.. ermm terima kasih kepada DARD..kerana telah membuka pusat khidmat rakyat..bulih lah saya suruh ahli puak saya rujuk itu surat tanah sana bukit hehheeh..DARD..saya mengharapkan agar apa yang di perkatakan sebelum ini tidak memeningkan kepala DARD..sepertimana DARD katakan yang pedas jadikan iktibar yang manis jadikan pedoman..kami sebagai rakyat di Kota Belud sangat mengharapkan satu perubahan kepimpinan tanpa menidakan sumbangaan pemimpin terdahulu..DARD boleh lihat sendiri keadaan kota belud..purata penduduk termiskin di kota belud..saya pasti DARD tahu semua perkara ini..so melalui apa yang DARD ulaskan..saya beranggapan bahawa DARD telah sedaya upaya menjalankan tugas sebagai yang berkhidmat di Kota Belud..Syabas..Dato`Sri...

genuinekb:-

Ia tak ia juga. Tapi Genuinekk senang saja mahu tahu. Gambar gambar yang saya kirim di mana YB menyambut tetamu di Dewan Masyarakat Kota Belud itu saya di sebelah kiri YB. Boleh juga email saya genuinekb@gmail.com atau H.P 0198525311. Saya AJK Bahagian bah. Ketua Daerah Mengundi Pandasan PRU12 yang lalu. Tak mahulah bersembunyi atau berashsia-rashia. Bagus buka semua lah.

tubal:-

lantas pandang, kalau tiada apa di kb, yb dialah yang bertanggungjawab, saya dan semua yang masuk dalam blog ini termasuk ko sekali hanya sebagai rakyat dan segala pendapat,ulasan,kritikan dan pandangan hanya menggambarkan bagaimana minda rakyat berfikir.

genuinekb: Pembetulan.... sorry miss taip. No H.P sebenarnya 0198535311

Maruf:-

Sokong DARD...Sya amat bangga dengan keterbukaan DARD.Sebelum ini belum ada lagi MP KB yang memiliki sikap keterbukaan mereka.Mungkin juga ada tapi susah untuk mendekati mereka.Dengan wujudnya blog ini,kami warga KB termasuk sya walaupun baru berusia 15 tahun sya juga ada pandangan tapi orang masih menganggap saya budak "berhigus".Tapi memang hakikatnya saya masih budak berhingus.Sya memang aktif dlm dunia politik.Sya juga amat teruk dimata penyokong DSAI kerana saya sering kali mengkritik DSAI di blog,e-mail dan selalu nya di news seperti Daily Express dan Utusan Borneo.Slm

ROMES:-

Sdra GuNTaYK berasala dari Kadamaian yang senetiasa damai.Berterus teranag tapi sindir juga sikit2.Asal mana di Kadamaian ya? Kampung mana? ada itu YB.DARD masuk kampung kamu sudah? Apa macam itu ADUN Kadamaian?

lantaspadang: boleh calling-calling kah dengan genuinekb ini

HHunter:-

Ramainya respon pasal GuNtayK punya provokasi. Untuk member2 yang sama sekawasan dengan YB, Bah, apa lagi? Sambutlah saranan YB agar menampilkan diri untuk bersuaikenal dan merapatkan sesama sendiri agar dengan secara langsung dapat membantu YB dalam usahanya. Cakap2 betapuk dibelakang ja apa yang dapat? Mungkin setakat ini ada pendapat yang betul2 bernas tapi ndada dapat difollow up kerana kesibukan YB. Mungkin sesiapa yang ada kasi idea itulah yang teruskan usaha. Kan lebih baik? Saya? err Jomo KK, sek!

ramostk:-

salam, mcm mana pun agak sukar menerima teguran adalah sifat manusia semulajadi. jadi bila menegur berpada-pada supaya bila ditegur balik tidaklah panas sendiri......

lantaspadang:-

saya setuju juga untuk bersemuka, tapi siok juga tidak kenal mengenal ini kerana boleh hantam menghantam tidak peduli dari mana saja dari belakangkah dari depan kah dari atas kah dari kiri kah dari kanan kah harap-harap jangan saja salah lubang kioh.........

tumpu2020:

nama nya forum bah..lantaspadang hehheh..bermacam2 pandangan dan pendapat......

ROMES:-

Lantaspandang isunya bukan hantam menghantam walaupun tidak kenal mengenal diantara bloggers sepertinya ada yang berada di KL (walaupun orang2 KB ) tapi maksudnya BERKONGSI IDEA UNTUK MEMMBANGUN KOTA BELUD KHUSUS DIDALAM SEMUA ASPECT SEPERTI PEMBANGUNAN PYSICAKAL DAERAH KOTA BELUD,EKONOMI,SOSIAL,SUMBER MANUSIA,POLITIK,PENDIDIKAN,KESIHATAN DLL melalui pandangan ,kritis,dan saranan untuk diketengahkan kepada MP atau ADUN2 lain.

lantaspadang:-

lebih kuranglah itu romes dan tumpu2020 kita ini kan satu rumah dan satu mimpi walaupun tidur dibantal yang berlainan

jomobiosojo:-

SAYA SETUJU BANGAT DENGAN IDEA AYU TENTANG POSTKAN PROJEK2 ATAU PROGRAM2 YANG DATO DAH JALANKAN DIKB. BUKAN UNTUK MENCARI KESALAHAN (takda niat) BUT TO MAKE SURE THAT KAMPUNG YANG BERKENAAN TIDAK TERLEPAS PANDANG DARI ARUS PEMBANGUNAN. I think this part is crucial lah dato sebab orang masih angap dato (sorry to say) daging import made in tuaran. Tapi buat apa juga daging tempatan kan kalau Lanut, banyak urat dan mati kena langgar kereta. Import pun importlah yang penting tak lanut dan sedap dibuat lauk dan paling penting bukan disembelih oleh tayar kereta. APA PUNYA ANALOJI DAAAA.... Actually orang KB pun da boring dengan YB tempatan yang batang hidungnya nampak 5 tahun sekali. Pembangunan tak payah cakaplah. In our dream.. Anyway kalau dato boleh buat macam suggestion si Ayu tu, Fuyoooh...Malatop dato!! 5 tahun kemudian saya tatap undi Dato yang hensem nih...dan akan suggest kaum kerabat, anak buah, saudara mara to do the same!! Good Luck Dato!!

tubal: barulah ko faham lantas pandang, salute buat ko. sia sokong pandangan romes

(dipetik dari blog MP K.BELUD (P169) - http://www.mpkotabelud.blogspot.com).

No comments:

Post a Comment