Wednesday, June 11, 2008

Air tasik limpahi Sichuan


GAMBAR menunjukkan dua pemandangan berbeza bandar Beichuan, wilayah Sichuan di barat daya China, yang dirakam sebelum dan selepas limpahan air tasik terbentuk akibat gempa bumi kuat, bulan lalu. Gambar atas diambil 27 Mei lalu menunjukkan runtuhan bangunan dan laluan sungai yang masih jelas kelihatan manakala gambar terbaru yang dirakam semalam, menunjukkan sebahagian besar kawasan daratan itu sudah ditenggelami air tasik yang melimpah. Askar China menggunakan bahan letupan termasuk dinamit untuk mengalirkan air tasik itu ke kawasan lain bagi menyelamatkan bandar berkenaan yang berkedudukan lebih rendah daripada tasik itu. Lebih 250,000 penduduk daripada 1.3 juta penduduk di hilir sungai terbabit sudah dipindahkan ke kawasan lebih tinggi bagi menghadapi kemungkinan kawasan itu ditenggelami jika tebing tasik roboh.

No comments:

Post a Comment