Sunday, June 15, 2008

Post saya di Blog MP Kota Belud : KURANG RESPOND DARI YB DARD


GuNTaYK:-

Kebelakangan ini nampaknya YB DARD kurang bagi respond dgn isu2 yg dibangkitkan dlm ruangan 'cakaplah' ini. Adakah kerana isu2 yg dibangkitkan hanya remeh temeh dan tdk relevan ataupun tdk menepati tujuan sebenar blog YB DARD diwujudkan? Memang tdk dinafikan banyak isu yg tdk berkaitan tapi tdk kurang juga isu2 yg penting. Jadi kami semua harap YB DARD sentiasa bagi respond supaya kami lebih bersemangat lagi dlm membangkitkan sesuatu isu2 yg penting & bawa faedah kpd KB.TQ

lantaspadang:-

aku cadangkan lebihkan isu tentang kb dan yang ada hubungkait dengannya

ManUk2:-

GuNTaYK ada bah orang kuat YB Dard pantau blog ni. Cuma mungkin pasal YB sendiri jarang tengok Blog ni maka yg sampai kpd YB adalah yg sudah di tapis...hehe Point2 yg di post disini pun akan menjadi modal (hakmilik) org kuat ni utk lebih diSAYANGI oleh YB DARD.. jan ko mara sia..:x

GuNTaYK:-

Ok bah kalau kau ManUK2. Ya mungkin juga YB DARD jarang tengok blognya ini..cuma org2kuatnya sahaja yg pantau. Buat apalah kalau mcm itu, takkan buat blog lepas tu harapkan org kuat ja tengok2kan blognya.Mcmanapun tahniah jugalah kerana wujudkan blog ini walaupun jarang ditengok sendiri oleh YB.

lantaspadang:-

blogpun dipolitikkan juga, kalau begini macam MP yang dulu-duuuuuuuuuuuuuuuuulu juga ituuuuuuuuuu.

GuNTaYK:-

Adakah BLOG ini sekadar "HANGAT2 TAHI AYAM SAHAJA"?..harap2 ianya sentiasa hangat!!

genuinekb:-

Sabarlah GuNTaYK.....sesekali saya melayari laman blog ini saya terserempak dengan YB DARD dalam "MEMBERS ON NOW". Ini membuktikan YB DARD memerhati forum kita. Dia hanya memerhati kita berforum bukan mengikuti kita. Forum kita ini dapat dimenfaatkannya untuk mengatur langkah...strategi dan tindakan yang mampu dilakukannya demi kebaikan KB. Dia hanya respon kepada perkara perkara yang perlu dia respon sahaja. Tahu kan....program YB DARD itu banyak. Setiap hari ada program. Kalau Dewan tiada bersidang dia selalunya ada di KB. Bukan di kedai kopi tapi menemui rakyat tu..... jauh di ulu-ulu, tepi tepi pantai, hujung hujun jalan. Kalau mahu tahu dia di mana pada setiap hari call Awadnir Matanggal atau Idris Nanti

jomo_pagari:-

Sebelum ini, saya pernah menulis bahawa blog ahli parlimen BN hanya sementara sahaja. Mereka tidak akan dapat bertahan dengan permasalahan rakyat yg ditimbulkan oleh rakyat. Ini termasuklah blog DARD ini, tanda2 dia ada sudah. Saya jangkakan 3 - 4 bulan lagi.. hilanglah blog ini. Atau komen2 pengunjung / forum akan dibuang.

YB_DARD:-

Saya ada tuan-tuan sekalian.... Saya melayari blog ini tidak kurang dari 3 kali sehari. Selalunya saya akan melayarinya jauh larut malam dan awal subuh. Saya selalu terserempak dengan genuinekb, puterakudat dan lain lain apabila on line. Blog ini akan tetap ujud jomo_pagari. Insyaallah.

jomo_pagari:-

Kalau blog ini wujud lagi dlm 3 - 4 bulan akan datang, saya ucapkan tahniah kepada DARD. Dan DARD lah MP BN 1st di Malaysia yg bertahan dlm dunia maya.

GuNTaYK:-

Begitulah yg kita mahukan sebenarnya YB DARD.Harapan kami semoga YB DARD akan selalu bersama kami dlm blog YB ini. TQ

(dipetik dari Blog MP Kota Belud - http://www.mpkotabelud.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment