TOKYO: Seorang anggota bomba di bandar Takaoka, tengah Jepun, dipecat selepas pihak berkuasa mendapati dia memandu ambulans dan jentera bomba selama lebih 20 tahun tanpa ada lesen memandu.
Pegawai bandar Takaoka, Shigeru Sawasaki, berkata perbuatan anggota bomba berusia sekitar 40 tahun dan bekerja di bandar itu lebih 25 tahun hanya terbongkar selepas dia enggan menunjukkan lesen memandunya dalam pemeriksaan umum, minggu lalu.
“Dia berkelakuan pelik apabila pemeriksaan itu dijalankan 5 Jun lalu,” katanya. - Reuters
Wednesday, June 11, 2008
Macam-Macam: Dipecat selepas 20 tahun memandu tanpa lesen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment